Tuesday, February 20, 2007

Permulaan Internet

Hari ini hari pertama Hans menulis dalam internet. Dunia maya yang tiada sempadan yang boleh menghubungkan berjuta manusia . Bila dikaji dan diselidiki apakah yang menarik mengenai dunia internet ini jawapan adalah satu, ilmu pengetahuan yang tidak bernoktah. Dengan kemajuan dunia maya ini, semua bidang pengetahuan boleh diperolehi dihujung jari anda. Sebut sahaja dari bidang pendidikan, ugama, pergaulan, perniagaan, semua ini dibincangkan secara meluas dengan berbagai bentuk ulasan. Baik peluang peluang pekerjaan, perniagaan mahupun peluang untuk belajar secara maya yang sering diperkatakan ketika ini membolehkan anda berada di rumah untuk menambah ilmu pengetahuan tanpa keluar dari rumah sendiri.